1) Luah kepada orang yang tersayang
Luahkan & kongsi masalah yang korang hadapi dengan orang-orang yang rapat dengan korang terutamanya keluarga. Ibu adalah pendengar yang setia. Percaya la. Kongsikan dengan rakan-rakan terdekat. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar. Meluah dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran. Bagi sesiapa yang ada blog tu, boleh luahkan kat blog tapi jangan over sangat. Jangan risau la, pasti ada yang akan memahami, yang akan bagi kata-kata semangat.
2) Simpan semua pemberian/hadiah
Masa bersama dengan si kekasih dulu, mesti ada hadiah atau barangan yang diterima kan? Hadiah hari jadi, hari-hari biasa pun tetap dapat jugak kan? Tak payah kelentong la, aku tau. Haha. Simpan semua hadiah/barangan yang berkaitan dengan si dia. SEMUA! Jangan biarkan fikiran korang terus hanyut memikirkan si dia setiap kali terlihat apa jua barangan yang berkaitan dengan si dia. Kenapa simpan? Buang terus tak boleh ke? Sebaiknya jangan la dibuang terus. Kita tak tau apa yang akan terjadi nanti kan. Mungkin ada jodoh dengannya. Kalau nanti confirm kahwin dengan orang lain, buang terus je la. Tak payah simpan lagi semua tu. Bina hidup baru dengan insan lain.
3) Sibukkan diri dengan aktiviti yang positif
Sibukkan diri dengan aktiviti kesukaan. Kalau korang suka memancing, pergi lah memancing sepuas-puasnya. Enjoykan diri dengan rakan-rakan. Jangan biarkan perasaan suram tu terus menyelubungi diri. Kalau suka berblogging tu teruskan menulis dengan kerap. Dengan melakukan aktiviti yang kita suka, sedikit sebanyak kita dapat mengalih fikiran kita terhadap benda lain & tidak terlalu memikrkan perkara tu.
4) Cari kawan yang berlainan jantina
Kalau korang yang putus cinta ni si gadis, berkawan la ramai-ramai dengan si jejaka & begitu lah sebaliknya. Berkawan pun jangan sampai melampaui batasan adab & agama ya? Ingat tu. So, dengan mempunyai kawan yang berlainan jantina, korang kena fikir yang korang masih ada ramai pilihan untuk dijadikan teman hidup. Masih ramai lagi yang sudi mendekati korang. Masih ramai lagi yang lebih baik. Ada paham?5) Jangan bersendirian
Kebanyakkan orang yang putus cinta ni suka duduk sorang-sorang, bersendirian, berkurung dalam bilik dan lain-lain lagi yang seumpamanya. Jangan, jangan terlalu mengikut perasaan. Bukannya tak boleh, tapi jangan sampai terpisah dengan dunia luar. Luangkan masa dengan keluarga & kawan-kawan.
6) Ingat esok masih ada!
Dunia dah berakhirkah kalau si dia tinggalkan korang? Masa depan korang dah hancur kah kalau si dia pilih yang lain? Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk korang fokus selain masalah cinta. Ambil peluang setelah putus cinta ni untuk fokus kepada keluarga, kepada pelajaran atau kerjaya! Best tau. Dah takde komitmen, boleh fokus sepenuhnya kepada perkara lain. Bagi yang dah bekerja, boleh kumpul duit banyak-banyak.Haaa
7) Elakkan dengar lagu sedih
Dah la jiwa tengah kacau, perasaan tak menentu, layan pulak lagu jiwang. Nak masuk dengan jiwa la katakan. Jangan. Kalau macam tu yang sedih makin pedih. Dengar lagu-lagu yang memberi semangat sikit.
8) Kerana dirimu begitu berharga!
Jangan rendah diri kalau ditinggalkan. Ingat, korang ada SATU saja di atas muka bumi ni. Takde korang yang ke-2,ke-3 dan seterusnya. Hargai diri sendiri. Rasakan diri korang ni hebat. Mampu dapat yang lebih baik dari si dia. Dan jangan lupa muhasabahkan diri korang, jangan lupa perbaiki diri agar lebih baik di masa hadapan. Well, if you're hoping for someone better, you deserve to be better first!
9) Menangis
Ada orang cakap, entah apa-apa nangis sebab putus cinta & bla bla bla. Ada juga yang cakap don't cry over someone that won't cry over you. Menangis tu salah satu cara meluah perasaan. Meluah melalui titisan air mata yang deras mengalir. Jangan la menangis sebab si dia, menangis sebab sedih dah la, nangis sebab hati sakit. Jangan ditahan kalau nak nangis tu. Makin ditahan makin tak menentu.Kalau boleh, nangis la di samping orang tersayang. Kalau boleh, nangis kat riba mak.Olololo comeyh!
10) Bayangkan bakal pasanganmu
Cara ni x semua orang boleh guna. Ade yg boleh terima, ada yg x. Ape yg korang boleh buat ialah bayangkan siapa pasangan yg korang impikan. Cantik macam mane, handsome macam mane. Lps tu, imagine bagaimana rupanya bila korang dgandingkan dgn pasangan korang 2. Cara ni sebenarnya banyak mempengaruhi fikiran kita. Kalau korang dapat lakukan, korang xde la dikategorikan tahap putus cinta yang kritikal. Selamat mencuba.
11) Cari pengganti
Tips yang ni tak digalakkan sangat melainkan korang mencari pengganti tu untuk di jadikan calon isteri/suami. Boleh ke korang nak sayang orang lain dalam keadaan korang yang masih sakit & merana tu? Lupakan la pasal couple-couple ni kalau dah putus cinta. Tapi kalau korang boleh jamin yang korang takkan permainkan insan lain semata-mata mahu mengubati hati/membalas dendam akibat putus cinta ni, boleh je cari pengganti. Dah jumpa tu kahwin je terus. Bina hidup sebaiknya. Itu yang terbaik. Tapi jangan jadi playboy/playgirl, terutamanya PLAYBOY. Cukup tak suka dengan playboy. Ingat la yang ni, kalau kita aniaya orang, esok lusa kita yang akan kena balik. Ingat tu ya?
12) Dengan mengingati Allah S.W.T., hati akan menjadi tenang
Tips ini adalah yang TERPENTING. Teguhkan pegangan agama. Perbanyakkan & pertingkatkan ibadah. Selalu berdoa agar dikurniakan hati yang tenang, diberkati hidup. Perbanyakkan solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat istikharah, solat sunat taubat & solat sunat tahajud. InsyaAllah hidup akan lebih bahagia, lebih tenang. Jangan takut untuk solat sunat istikharah. Solat istikharah tu untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T. dan petunjuk itu tak semestinya datag dalam bentuk mimpi, ada yang datang dalam bentuk gerak hati kita dan lain-lain lagi.
Ni hanyalah sekadar tips. Samada berkesan atau tidak, terpulang kepada individu terbabit. Kalau positif yg kamu mahukan, positif la yg kamu dpt. Begitu juga sebaliknya. Apa pn, banyakkan berdoa dan musahabah diri bila masalah melanda diri korang. Gadis cuma memberi panduan disamping mengingatkan diri gadis sendiri. Janganlah kerana masalah sekecil ini, ada yg bertindak mengikut hawa nafsu dengan membunuh diri dan bermacam2 lg. Ingatlah, masih ada yg syg pd diri kita.
Tinta terakhir dr gadis
"Jodoh tu di tangan Allah.. buat apa nak risau akan perkara yang sudah ditetapkan-Nya? Pasti yang ditetapkan Allah itu adalah yang terbaik.Pasti! Jadi, perlu ke risau? Pasti di penghujungnya yang terbaik menanti."
0 taip menaip:
Post a Comment