a:hover {font-size: 50px; font-weight: bold;text-decoration: none;} #gadget_header{ margin:10px 0; padding:1%; width:100%;} -->
« PROFILEBRAND.COM
BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »
skip to main | skip to sidebar
CeRiTa GaDiS bAnDuNg CiNcAu 92

MeKaR '11

hai allz . hari ni gadis ade entri baru . btw , sori sbb lmbt buat entri ni . laptop buat masalah di hujung2 waktu . hehehe . anyway , juz na share dgn u all about program MEKAR '11 yg gadis sertai pada ari 2 . MEKAR is stand for Program Mari Dekati Pelajar bersama pelajar2 SMK Taman Desa Skudai ( SMKTDS ), Johor Bahru . pd hari 2 , pelajar tingkatan 1 & 2 sahaja yg terlibat . program pd hari itu dimulakan dgn ucapan drpd pihak2 tertentu , sesi motivasi dan diakhiri dgn aktivi berkumpulan serta rumusan aktiviti . gadis dan mahasiswa2 UTM ditugaskan utk menjadi fasilitator pd hari itu . gadis telah dipertanggungjawabkan utk menjadi fasi bg kelas 1 UKM . utk pengetahuan rakan2 , nama2 kelas di SMKTDS adalah berdasarkan nama2 universiti di Malaysia . menarik kan . ok la , mcm biasa , anda blh intai2 gamabar yg sempat gadis rakamkan ketika program berlangsung .

para fasilitator

aktiviti bermula - origami :)

lakaran di atas kain rentang :)

hasil lakaran :D

my group : 1 UKM :)

1 UKM with fasiS :)

students dpt cenderahati dr UTM :D

adk2 SMKTDS

picture time . thnx 2 adk yg amik gmbr . :)

gambar ramai2 . :)

ok la . rase nye 2 je yg gadis dpt tulis utk entri kali ni . utk adk2 SMKTDS , gud luck in ur exam n ur future . insyaAllah , dgn usaha dan doa , adk2 pasti berjaya . jgn mudah menyerah kalah . chill kay :)

jUm InTaI My Name Is Shafwahunnajja 0 taip menaip  

S S K !

hye sumer . sihat ta ? hope sume nye sihat2 saje . gadis kt sini alhamdulillah sihat . cuma ade beberapa perkara yang membuatkan gadis kurang sihat . :) . ok la . post kali ni bukan la utk gadis bercerita , tetapi sekadar menjawab pertanyaan rakan gadis . beliau ingin tahu lagu ape yg berada di blog gadis ini . sebenarnya , tajuk lagu itu adalah Suka Sama Kamu nyanyian kumpulan D'bagindas . kumpulan ini datang dari Indonesia . byk jugak lagu group ni . antaranya , Sayang , C.I.N.T.A , Ampuni Dosaku , Dimana Sumpahmu , Empat Mata , Buktikan , Apa Yang Terjadi , Kangen dan banyak lg . kalau nak dgr lagu2 2 , blh klik kt tajuk lagu . kat bawah ni gadis akan sertakan lirik lagu Suka Sama Kamu dan gambar ahli kumpulan D'Bagindas . na dengar lagu SSK 2 , blh dgr dari blog gadis .


hatiku berkata ingin katakan cinta
namun ku malu untuk mengawalinya
jantungku berdebar saat kau menatapku
jadi salah tingkah bicara sama kamu
bibirku terbungkam melihat senyummu
aku tak kuasa saat di depanmu
reff:
sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa
tapi mengapa aku selalu tak bisa
bagaimana caranya agar dirimu
bisa tahu kalau aku suka
suka suka suka sama kamu
jantungku berdebar saat kau menatapku
jadi salah tingkah bicara sama kamu


jUm InTaI My Name Is Shafwahunnajja 0 taip menaip  

NeT cHaLlenGe

wah . lme gler ta update blog . berhabuk da blog gadis . sian nye dy . hehehe . ok2 . hari ni , gadis tlebey rajin skit . so , gadis na share la aktiviti gadis hari ni . hari ni , gadis main netball . game 2 diberi name net challenge . open utk sume warga UTM . so , agk ramai yg involved dalam game ni td . ad staff and students , girls and boys . bila tgk dak laki yg main netball , rse cm klaka pn ad gk . tp , ad gk yg main lg hebat dr girls . hahahhaa . ok la . team gadis utk hari ni ialah gadis , fad , kinah , ecah , atin , mel , ain , piqa , fadz n pipah . n my manager was cik siti aisyah a.k.a yol . hahaha . yol mmg manager tbaik yg pnh gadis dpt . wakakaka . jgn mrh ek yol . hhehhee . kt sni ad la skit gmbr ( taken by yol ) utk korg take a look about our game today . check it out .
team lelaki . 

gadis , ecah n mel . kt sblh sne 2 , si rumate tgh dating . hehehhee

ni teammate yg len . 

no komen la gmbr ni . hehehhe . kami2 je tau .

waa . 100+ yol bgabung dgn teh bunga gadis . hahahaha

banner for the game . 

one more match from the boys .
2 je gambar yg ad . msti korg ttnye2 kn , knp ad match boys je . hahaha . 2 kne tnye yol la . myb sbb truja sgt coz ad team lelaki n first time nmpk lelaki men netball . hahaha . ok la . eh , lpe lak . kptsn nye , group gadis klh . hahahaha . ta pe . men juz 4 fun . kn3 . hehehe . ok la . jmpe next entry . daaa .

P/S : kredit 2 yol 4 da pic . na tgk entri yg lbey kurg ta ? hahaha . klik di sini !

jUm InTaI My Name Is Shafwahunnajja 0 taip menaip  

eMak MaNe ?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Waj...ah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
...
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

jUm InTaI My Name Is Shafwahunnajja 0 taip menaip  

HaRgAi LaH .


Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak...
Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak..
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... Mak...
Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak...
Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak..
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak..
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak..
Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak..
Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak..
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak..
Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak...
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak..
Aku selalu teringatkan ..... Mak..
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak..
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak..
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak..
Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak..
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak..
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak..
Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak..
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak..
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... Mak..
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak..
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak..
Yang selalu berleter kat aku... Mak..
Yang selalu puji aku.... Mak..
Yang selalu nasihat aku...... Mak..
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak..
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.... Pasanganku..
Bila sedih, aku cari..... Mak..
Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku..
Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak..
Bila bahagia, aku peluk erat....Pasanganku..
Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku..
Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku..
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak..
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada Pasanganku..
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... Aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak..
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

"Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

"MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!"

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

jUm InTaI My Name Is Shafwahunnajja 0 taip menaip  

tOnToN sEbEnTaR . :)

favourite song + nice video clip . 



searching for Mr Simple mcm lagu ni . idea by he . hahahha

jUm InTaI My Name Is Shafwahunnajja 0 taip menaip  

LeLaKi Vs PeReMpUaN

(L)  Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.

(P)  Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.
(L)  Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P)  Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.
(L)  Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P)  Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.
(L)  Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P)  Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.
(L)  Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P)  Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
(L)  Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P)  Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
(L)  Bersikap pemurah atau boros.
(P)  Bersifat kedekut atau berjimat.
(L)  Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P)  Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
(L)  Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P)  Fokus kepada sesuatu perkara.
(L)  Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P)  Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
(L)  Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P)  Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
(L)  Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P)  Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
(L)  Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P)  Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan
(L)  Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P)  Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
(L)  Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P)  Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
(L)   Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P)   Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
(L)  Agak keberatan meminta maaf
(P)  Lebih mudah meminta maaf
(L)  Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P)  Risau apabila menghadapi kesukaran
(L)  Suka MEMBUAT keputusan
(P)  Suka MENGIKUT keputusan
(L)  Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P)  Suka bersama keluarga

jUm InTaI My Name Is Shafwahunnajja 0 taip menaip  

bOyFiE !

hai sumer . ape khabar ? hope sume sihat . jgn jd mcm gadis yg tgh demam ni . hehehe . anyway , entries kali ni gadis na citer psl sumone . igt ta kt story b4 ni , gadis ade mention about Afiq Zamir ? ha . ni la boyfie yg gadis na citer . hari jumaat yg lepas , gadis bpeluang utk bjumpa dgn dy . comel nye dy . gadis dpt cium dy je , ta dpt na pgg sbb dy tgh tido . lena dy tido . then , gadis ade la snap beberapa pics dy utk simpanan gadis . here his pics . 








ni je la pics yg sempat gadis amik . heheheh . anyway , pics ta bape na elok + gelap sbb bilik pn gelap mase 2 . sori ye kwn2 . nnt if gadis bpeluang utk jmpe Afiq lg , gadis akn amik gambar dgn dy . mybe dukung dy skali . hope so . huhuhu . ok la . till then . daaa .


P/S : alhamdulillah . tambah lg seorang ahli baru dalam family gadis . hope akan berkembang lg . insyaAllah .

jUm InTaI My Name Is Shafwahunnajja 0 taip menaip  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

FiRsT vIsIt To GaDiS bLoG . WeLcOmE fRiEnDs !
kUnJuNgAn AnDa Ke BlOg GaDiS aDaLaH yAnG kE 1 KaLi. TeRiMa KaSiH kErAnA mEmBacA bLoG iNi...

CeRiTa GaDiS

  • ► 2013 (13)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (6)
    • ► February (2)
  • ► 2012 (2)
    • ► November (1)
    • ► March (1)
  • ▼ 2011 (37)
    • ► December (2)
    • ► November (1)
    • ▼ October (8)
      • MeKaR '11
      • S S K !
      • NeT cHaLlenGe
      • eMak MaNe ?
      • HaRgAi LaH .
      • tOnToN sEbEnTaR . :)
      • LeLaKi Vs PeReMpUaN
      • bOyFiE !
    • ► September (6)
    • ► August (20)

Gadis bandung cincau

Gadis bandung cincau
I am gadis^92 & I like bandung cincau so much :)

Supermen with Superwomen

Supermen with Superwomen
ni la tulang belakang gadis . . . tanpa mereka , gadis ta kn berdiri skrg ni . . . love u mama , papa , mak n abah !

About Me

My Photo
My Name Is Shafwahunnajja
di sinilah hasil coretan saya di keyboard :)
View my complete profile
 

bLoG rAkAn

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
    3 months ago
  • CERITA SI DARA
    Prediksi Syair HK 20 Desember 2020
    4 years ago
  • catatan dari seorang gadis
    Rindu Sangatlah Rindu
    10 years ago
  • real stuff.
    2015 comeback.
    10 years ago
  • Gua Lu Blogspot
    Menjana Pendapatan Dengan Google Adsense
    11 years ago
  • ♥ gadis DoUblE f punye da!Ry ♥
    This is mean EVERYTHING to me :') #DearCrush
    11 years ago
  • CeRiTa GaDiS bAnDuNg CiNcAu 92
    L E L A K I
    11 years ago
  • AkuDiTinggalkanWalaupunSetia
    13 years ago
  • diary's for s.....
  • Reality It Is
  • Ugly Duckling
  • Hikayat Dang Wangi
  • Things That We Share
  • milocincau berceloteh^^

MeReKe YaNg MeNgIkUtI

SeKiLaS rEnUnGaN

Cinta adalah gurauan dalam kehidupan, kadang2 buat kita ketawa, kadang2 buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam2 emosi. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta. Cinta juga ibarat hantu. Semua orang percaya kewujudannya tapi tak semua yang akan jumpa.


u
A
c
N
i
C
g
N
u
D
n
A
b
S
i
D
a
G
GaDiS bAnDuNg CiNcAu